Aku (Lau/16) bersekolah di sekolah sukan perempuan souke. Aku sebenarnya lelaki tetapi disebabkan aku suka dekat seorang pelajar perempuan ni. Dia tinggal di asrama jadi susah sikit kalau nak jumpa dan bagitahu dia yang aku suka dia. Aku masuk tempat gila ni pun demi dia bukannya aku nak sangat masuk..!! hari pertama nak sekolah ni mesti kena buat persediaan kan ? tapi sebelum tu, aku dah simpan rambut sampai bahu, cukur misai dan sebagainya. Jadi tak la kantoi nanti. Aku pun ada belajar cara pakai baju dalam, susah jugak nak bernafas tu tapi demi dia aku sanggup lakukan apa saja.
~ first day~
Aku kena pakai skrit pada hari pertama tapi nasib baik kena pakai stoking panjang. Kelas aku yang kedua pandai. Kelas ni riuh rendah dengan suara budak perempuan. Aku masuk duduk dekat belakang sekali. Tiba-tiba ada 3 orang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas,sebaik sahaja mereka masuk, satu kelas diam dan ada 2-3 pelajar perempuan berbisik-bisik.
‘budak HOT dah datang’
Oh~ jadi mereka ni budak HOT la kat sekolah ni. Salah seorang dari mereka ialah pelajar perempuan yang aku minat la..!!! nama dia elly. Dia perhatikan aku dan jalan ke arahku. Muka dia macam nak makan orang tapi dia baik… betul ni baik!!!
Elly: ni tempat aku, bangun
Lau: oh… minta maaf
Aku pun bangun dari situ dan tercegat la dekat belakang kelas tu. Tiba-tiba ada orng panggil aku suruh aku duduk sebelah tempat duduk dia. Aku pun duduk la situ.
Aria: budak baru ?
Lau: ya…
Aria: nama?
Lau: lau…ry, kau?
Aria: Laury, sedap nama tu . aku Aria. Ah!! Aku lupa aku ada latihan hari ni , aku pergi dulu ye bye!!!
Lau: …??
Aria terus belari keluar kelas untuk latihan ,selepas beberapa minit ada orang goyangkan kerusiku . Aku pun pandang .
Umai: Eh kau budak baru ke ?
Lau: ya..
Umai: kau nama apa ?
Lau: Laury.
Umai: oh…nama aku Umai . Selamat berkenalan
Lau: selamat berkenalan…
Ieda: ni sapa?
Umai: Laury , budak baru.
Ieda: oh ye ke, selamat berkenalan . aku Ieda
Lau: Ah, ye…
Umai: oitt azlina !! kau ni asyik berkepit dengan novel ja , sampai budak baru pun kau tak kenal.
Azlina: ye la… aku azlina, selamat berkenalan. Sudah, aku nak sambung baca pulak.
Jiha: hangat betul hati aku woi..!! [marah sambil ,masuk ke dalam kelas]
Idea: kenapa pulak dah…
Jiha:cikgu tu asyik salahkkan aku ja. Dia kata aku kutuk dia. Perasan betul !!
Umai: kau kutuk dia ke?
Jiha: aku bukan kutuk dia, aku kutuk cikgu lain la… dia yang perasan lebih kata aku kutuk dia!! Hotak dia!!
Lau/umai/ieda: -_-#
Kertas hana terjatuh tepi kaki laury. Laury tak perasan lalu terpijak.
Hana: aku tahu la kau budak baru pun, tak payah la tunjuk gangster dekat sini!!! Sampai nak pijak2 kertas aku…
Laury: *bila masa aku tunjuk gangster??*
Umai: dia ni sensitive sikit
Alice: ala~ dia tak sengaja tu, hana. Dah la jom balik tempat.
___ cikgu masuk mengajar ___
Tetapi mata aku tak boleh tumpukan perhatian, dia asyik memandang muka elly yang cantik lagi menawan…
=== masa balik sekolah ===
Aku menuju ke asrama, pergi ke lobi untuk ambil kunci bilik aku dan masuk ke dalam bilik. Teman sebilik aku ialah ieda. Nasib baik menyebelahi aku kali ni. Tapi satu masalah. Macam mana aku nak salin baju dengan adanya ieda. Tidak!!!!!!!!
Ieda: laury, cepat salin baju. Kita kena ke lobi
Laury: ok… nanti aku turun. Kau turun la dulu
#Fakta_selepas balik dari sekolah, pelajar asrama kena hadir kelas balet. Wajib hadir!!! Aku ni takkan nak pergi kan?? Tiba-tiba elly [ketua asrama] masuk dalam bilik aku.
Elly: kau nak orang hampar karpet merah dulu baru nak keluar dari bilik ni hah??!
Laury:*dia kt depan mata kau lau… inilah masanya* err.. elly , aku… su..suka…
Elly: kau keluar sekarang !!!!
Ieda: elly… jangan la garang sangat, dia budak baru dekat sini.
Elly: ye ke? Minta maaf…
Ieda: jom la kita pergi sama-sama. Nanti lewat pergi kelas balet.
Kelas ni pakai baju apa-apa pun boleh sebab nak jimat kos duit. Tapi masa nak buat rengan kaki memang aku tak boleh tahan kesakitannya. Apa lagi, aku pun jerit la tapi jeritan tu versi lelaki. Semua student kat situ pandang aku, tapi nasib baik la ieda dengan umai tolong cover aku. Lepas habis kelas tu, semua student boleh buat kerja sendiri. Elly,bambam,hana,umai,ieda,azlina,faa dan jiha [mereka ni kawan baik, sekali dengan aku masuk dalam group ni whaha] setiap kali habis kelas balet mereka akan lepak dekat bilik umai dan azlina. Duduk dalam bilik tu lepak-lepak sebelum tidur. Umai dengan faa dengan bambam dengan ieda dengan hana sedang bergosip tentang kejadian seram yang berlaku di sekolah menengah tinggi Taiji. Elly dan azlina sedang membaca novel baru dekat asrama. Yang alice pulak asyik melekat dengan PSvita dia je..
Faa: aku ada gossip baru yg hot sekarang ni…
Semua orang: apadia?
Bambam: speak up bro *cakap la bro*
Faa: mcm ni, kelmarin ada budak laki ni couple dengan seorng perempuan nie tapi perempuan tu curang dengan dia. Laki tu terus bunuh perempuan tu tanpa tanya dulu kenapa . pastu ,laki tu kata “aku tak suka perempuan yang curang dengqn aku” . rupanya laki tu bukan manusia . dia dah mati 1 tahun yang lepas sebab perempuan tu curang dengan dia . dia bunuh diri . sampai sekarang hantu tu masih berkeliaran dekat sekolah tu…. Seorang pelajar sekolah kat simpang empat tu, dia dengar ada laki panggil dia tapi tak dak. Tu mesti hantu tu kan??
Bambam: eleh , suara laki je pun apa yang nak takut .
Hana: bambam, nanti kau tidur dengan aku tau , aku tak nak tidur seorang .
Bambam: ye la penakut…
Ieda: oh ya! Elly ni ketua asrama tahu tak, laury?
Laury: oh ye ke. Patut la tegas.
Faa: bambam, elly, hana. Mereka ni budah hot kat sekolah ni.
Umai: elly ni pendiam sikit, bambam ni rock sikit dan hana ni sensitif sikit.
Hana: aku minta maaf fasal pagi tadi, maafnye…..
Laury: ahahahaha it”s okey aku dah maafkan dah. Pon…
Elly: aku pun nak minta maaf kat kau sebab marah-marah kau…
Laury: pekara biasa je tu .
Bambam: dah la aku nak tidur dah ni… chaw lu.
Hana: tunggu aku la!!
Umai,azlina: kami pon dah ngantuk ni…
Semua orang pun keluar dari bilik mereka dan pergi tido .masa tidur, kedengaran dengkuran lelaki di tingkat 2 dimana semua orang tengah tidur . ieda tak boleh tidur kerana ketakutan .
Ieda: (kenapa aku dengar suara laki kat asrama perempuan … )
Ieda: laury… laury… bisik.
Ieda tendang katil atas dan memanggil laury lagi. Laury membuka mata dan tanya ieda daiam keadaan mamai.
Laury: kenapa ni… (lelaki)
Ieda: arhhh!!! (jerit)
Laury: hah! Apa! Apadia ieda?
Ieda: saya dengar suara laki dalam bilik ni.
Laury: mana ada… kau tersalah dengar kot
Ieda: betul… aku rasa aku ada terdengar suara laki.. err.. laury, boleh aku tidur dengan kau ? aku takut
Laury: *ah! Sudah! Mati la aku…* err..
Ieda: boleh la…
Laury: ye la..
Ieda: terima kasih
Keesokan harinya, sewaktu bangun, laury terasa badannya dipeluk. Apabila laury membuka mata, laury ternampak ieda memeluknya. Disebabkan effect terkejut yang melampau, laury telah menolak ieda dengan kederat lelakinya. Lalu bunyilah ‘gededuk!!!!’ ieda jatuh katil.
Ieda: adoihhhh!!! Kenapa kau tolak aku jatuh katil huh?!! Sakit tau tak!!!
Laury: sorry-sorry tak sengaja. Aku terkejut tadi…
Ieda: ye la tu… tapi kenapa effect kau tu melampau sangat. Bukannya ada apa-apa pon…
Laury: * memang ada la… *
Ieda: jom la bersiap, lewat nanti
=perhimpunan pagi=
Time nyanyi lagu sekolah. Aku (lau) senyap je. Tapi sorang cikgu sukan ni perasan yang aku tak nyanyi. Aku terus tunduk kepala
Cikgu: kenapa tak nyanyi?!!!
Aku pun angkat la sikit kepala aku. Aik!!! Apasal macam pernah Nampak je rupa cikgu nie…. KEJAPP!!!! Macam mana aku boleh tak kenal dia, dia kakak ipar aku la…!!! Adoihh kantoi la nanti!!!
Cikgu: saya tanya nie..!! kenapa tak nyanyi!!! Kamu nak cari pasal dengan cikgu ke?!!
Laury: bukan mcm tu… errr… say..
Cikgu: ikut saya ke bilik guru!!!
Laury: eh! Tapi cikgu…
Cikgu: SEKARANG!!!
= DI BILIK GURU =
Cikgu: apa kamu buat disini lau !!
Laury: sapa lau?? Saya laury la cikgu~
Cikgu: kamu jangan nk tipu. Ingat saya tak cam rupa adik ipar sendiri!
Laury: eh…hihi.. tolong rahsiakan ye~
Cikgu: ye la sangat * luku kepala lau*
Laury: adoihh… sakit
Laury terus masuk kelas untuk belajar. Masa dalam kelas, dia Nampak elly yang bermasam muka. Elly macam marah pun ada. Tiba-tiba jiha dan bambam datang gosok belakang elly dengan perlahan. Elly hanya mampu senyum dan kembali bermasam muka. Laury hairan kenapa elly Nampak macam bad mood. Tapi dia tak berani nak tanya kat elly kenapa.
“Asrama”
Elly tak hadir kelas buat hari ni. Mungkin dia tak sihat kot… time rehat . aku pergi ke bilik untuk ambil botol air. Masa perjalanan,
Elly: ada orang tak?....
Laury: huh? *buka pintu bilik elly.*
Elly: tolong….ahhhh…sakitnya!!!
Laury: kenapa ni elly ??
Elly: sakit…
Laury: sakit apa??
Elly: se….gu….gut….
Laury: hahh??
Elly: *elly menunjukkan perutnya, sambil menepuk perut*
Laury: oh~… kejap saya ambik minyak angin untuk awak…
Selepas laury mengambil minyak angin untuk elly…
Laury: nah…
Elly: tolong sapu jap kat perut saya boleh??? Sakit sangat ni…
Laury: *biar betul!!!*
Elly: tolong jap…
Laury: err…err…err…arr? Bo…boleh kot…
Laury pun menuang sedikit minyak angin ke atas telapak tangannya dan sapu. Aku menghulurkan tangan ke perut elly, tetapi kepalaku tak memandang ke arah perut tersebut.tangan aku menggeletar!!! Laury: *kenapa dengan tangan aku ni!! sapu jelah*
Selepas menyapu minyak angin laury terus keluar dari bilik itu. Mukanya kemerahan. Dia terus mengambil botol airnya dan minum dengan pantas sampai tersedak.
Laury: *uhuk uhuk*
Jiha yang lalu di depan bilik laury, dengar akan suara itu. Jiha pun masuk ke bilik laury dan cuba melegakan laury yang tersedak air. Dia pun menggosok belakang laury dengan pelahan-lahan tetapi *napa aku rasa pelek je bila aku gosok???*
Laury: *terkejut*
Jiha: napa dengan kau ni ?? minum air sampai tersedak...
Laury: err…arr…err…arr??
Jiha: ermm… dah la, dah dekat nak malam dah… aku balik bilik dulu… nak mandi…
“Malam”
Bambam: jom pesta dalam bilik laury dengan ieda…
Hana: jom!!!
Bambam: ieda, alice, faa, kemas bilik , aku dengan hana pergi beli makanan, azlina dengan jiha ambik barang-barang untuk pesta…
Hana: okey!!! Jom bambam pergi beli barang.. elly, engkau duduk diam-diam, satgi sakit balik susah pulak…
Elly: ye la, ye la…
Semasa diaorang membuat kerja masing-masing… laury duduk disebelah elly… laury curi-curi pandang elly…
Laury: *arhh…bestnya… boleh duduk dekat dengan elly…
Elly: apasal ni???
Laury: tak dak apalah…
Elly: ohh..okey!! er…arr… laury.. terima kasih ye sebab tolong saya tadi
Laury: hmmm… sama-sama
Elly: err.. laury??
Bambam/hana: jom mulakan pesta!! Yeahh!! Kami dah beli dah ni makanan…
Ieda, laury, alice, jiha, umai, faa and azlina: hooray!!!
Umai: aku nak pinjam tandas jap ehh??
Umai pon masuk dalam tandas, tiba-tiba dia ternampak pencuci muka lelaki.
Umai: sapa punya pencuci muka ni...??? *jiha pon masuk*
Jiha: sapa punya pencuci muka ni..??? *laury meluru masuk*
Laury: ni pencuci muka ayah aku, aku tersilap ambil.
Umai/jiha: betul ka?
Laury: dah dah…jom keluar.
Pesta pon bermula, music di mainkan oleh bambam. Hana, umai dan faa kuat makan orangnya. Sampai makanan yang kau beli tadi dah habis.
Alice: ala… tak adil la aku baru nak makan korang dah habiskan.
Umai: hehehe minta maaf la lapar sangat.
Jiha: itu bukan lapar, tapi kebulur dh tu!!!
Laury: tak payah gaduh-gaduh nanti aku pergi belikan.
Elly: aku pon nak ikut sekali!!
Ieda: aku pun!!
Laury: ahh sudah, jom lah.
Masa perjalanan ke kedai mereka terserempak dengan sekumpulan budak lelaki. Laury terlanggar salah seorang budak lelaki itu. Budak lelaki itu sangat marah.
Lelaki(1): woi!! Tak Nampak ka!! Jalan pakai mata la!!
Laury: cari pasai ka ?!
Lelaki(1): beranikau ni ya!!!
Ieda: eh~dah la laury. Kita takut ni jangan cari pasai~
Elly: tula dah la jom….
Elly menarik tangan ieda dan laury lalu beredar dari situ. Tapi dia telah dihalang oleh beberapa orang lelaki.
Lelaki(2): cik adik ni nak pergi mana? *cuba memegang elly*
Laury: jangan sentuh DIA…*genggam tangan lelaki tu dengan kuat…
Laury: lu nak cari pasal bukan kat sini la bro… *bisik kat laki tu dengan nada laki*
Lelaki(2): *ni aura apa ni… (naik bulu roma)
Lelaki(1): dia ni bukankah…. Lau!!!(ketua geng tu)* ehhh!!!
Lelaki(3,4): hahh…!??!
Laury: shhttt..!!!
Lelaki(1,2,3,4,5,6,7,8): *angguk kepala*
Ieda: apasal dengan mereka ni???
Laki(1): kami minta maaf atas kesilapan kami *bow*
Ieda/elly: ehh… tak apa-apa
Laki(1,2): mana boleh… kamu kan kawan tuan Lau…
Lau: lau..ry kan?
Laki(1,2): ya.. betul tu
Elly: *lau*
Laury: dah2 jom
Laury pun menolak elly dan ieda jalan…
masa perjalanan pulang ke asrama
Faa: jom selfie!!!
Bambam: jom! Jom la sekali alice…
Alice: ye la, yela
Selepas mereka berselfie, sesuatu perkara terlintas di kepala bambam. Dia pun berkongsi dengan mereka semua.
Bambam: bulan lepas laury x datang haid, kan?
Alice: ya tak ya jugak..
Faa: korang tak rasa pelik ka… satu hari ni, aku ada pegang muka dia, tapi…
Alice/bambam: kenapa?!!
Faa: aku rasa kasar semacam ja dagu dia…
Jiha: weii!!! Ada ka perempuan guna pencuci muka lelaki?!!
Bambam/alice/faa: mana ada!!!
Azlina: arrgghh!! Apa ni!!
Bambam/alice/faa/jiha: kenapa?!!
Azlina: ada boxer bawah katil laury!!!
Bambam/alice/faa/jiha: hah?!! Biar betul??!!
Bambam/alice/faa/jiha/azlina: takkan laury ni… tidak!!!!!
Faa: kita kena berhati-hati dengan laury lepas ni!!!
Bambam: betul tu
“kami dah balik” kata elly dan ieda
Elly: nah, kami dah belikan
Umai: thank you very much~!
Elly: kau tu dah makan, tak payah!!!
Umai: ala~ sikit je…
= selepas makan=
Semua orang sudah tidur terlentang didalam bilik laury tetapi laury masih tak boleh tidur, dia keluar untuk mengambil fresh air, dia meronda satu asrama sambil melihat bintang yang banyak , bulan yang cerah dan angin malam yang sejuk.
Lau: bila la aku nak beritahu dekat elly… aku tak boleh lama dekat sini… pendaftaran sekolah lelaki dah nak tamat. Argh!! Stress!
Lau menghentak kakinya dengan kuat dan baring di tengah jalan di taman bunga asramanya… tib-tiba kedengaran tapak kaki menghala ke sini.
Elly: eh, laury. Kenapa baring dekat sini..
Laury: huh?!! Eh! Elly… napa ada dekat sini..??
Elly: saja nak ronda kt sini. Elly x boleh tidur…
Laury: ye ke? Sama la kita… mari la duduk sini
Elly :ah! Ye…
Elly pun duduk di sebelah lau. Suasana terus menjadi sunyi. Lau tak tahu nak borak topic apa dengan elly. Tiba-tiba elly bersuara…
Elly: laury, klu saya tanya awk jawab tau..
Laury: okay..
Elly: jawab dengan jujur
Laury: okay
Elly: laury bukan perempuan kan?
Laury: *terkejut*
Elly: kan?
Laury: err…rr ya [tukar suara]
Elly: [senyum]
Laury:tapi… macam mana elly tahu?
Elly:lama dah elly tahu pasal ni, first day laury masuk sekolah, elly dah tau… elly jumpa gambar ni jatuh masa laury nak beli makanan kat kantin. Elly kutip la… nah! *hulur gambar tu*
Laury: thanks *tengok gambar*
Gambar tu, gambar lau dengan kawan-kawan lelaki dia masa kat sekolah. Rambut lau masih pendek. Handsome~!
Laury:elly, saya ada benda nak beritahu awak.
Elly:apadia?
Laury:I’m sorry but I love you…
Elly: kenapa nak sorry pulak?
Laury: sebab dah tipu awak…
Elly: tak apa.. lagipun elly dah lama maafkan laury.
Laury: ye ke? Bila?
Elly: masa elly dah jatuh cinta dengan laury *senyum/blush*
Laury: ehh?!!
Elly kiss pipi laury dan bisik “I love you” lalu bangun dari situ dan jalan ke asrama. Laury yang entah kenapa blurr sangat pun tersenyum, pipinya kemerahan seperti tomato
Laury: argh! Malunya
“ keesokan harinya”
Semua orang: hah?!!!
Laury: minta maaf tapi saya ni ‘lelaki’
Bambam: jangan la macam ni laury… sedarlah diri tu!!!
Masih ada peluang kau untuk berubah, laury!!!
Jiha: betul tu, laury. Jadilah perempuan balik macam dulu…
Laury: -_- macam mana nak jadi perempuan kalau aku ni dah lelaki??
Elly: dia ni memang laki la~
Semua orang: hah?!!
Alice: kalau macam tu dia ni bukan ‘tomboy’ la…
Laury: tomboy?? Aku ni laki la!!!
Semua orang: oohh~ klau macam tu ….. selama ni…….. hah?!!!
[Aria yang baru pulang dari pertandingan sukan antarabangsa berasa hairan kerana riuh rendah sangat dalam bilik laury, dia pun pergi ke sana. Sesudah sampai ke bilik laury…]
Aria: ada apa ni.. riuh sangat tau x?
Umai: laury ni laki!!!!
Aria: hah?!!! Biar betul??
Semua orang: ya!!!!
Aria: nasib baik aku tak suruh dia teman aku ke sauna malam ni…
Semua orang: hah?!!
Laury: sudah la tu!!! Sakit telinga aku..
Elly: rahsia u dah terbongkar… aku dah tak boleh nak tolong dah.. so hari ni kemas barang keluar dari sini..!
Laury: yela2
= petang=
Laury pun kemas barang. Dia berasa berat hati untuk tinggalkan sekolah tu… banyak kenangannya bersama-sama dengan elly,hana,bambam,faa,jiha,umai,ieda,azlina dan aria.
Kakak ipar: laury..!! lambat lagi ke??
Laury: ye la2 datang ni
Semasa laury membuka pintu kereta, dia terdengar suara yang menjerit namanya…
Laury: hey~!
Aria: takkan nak pergi tanpa beritahu kami… *pout*
Hana: tu la.. ingatkan tak nak jumpa kami dh…
Laury: korang yang lambat datang… bukannya aku
Semua orang: ye la tu…
Elly: laury!!
Laury: ah! Elly~
Elly: nah~! *hulur satu kotak sebesar tapak tangannya*
Laury: apa ni??
Elly: biskut nasib…
Laury: buat apa dengan biskut nasib ni??
Elly: jangan banyak tanya la!!! *blush*
Laury: eh?!! Muka awak merah la~ ^^
Elly: ma..na.. mana ada!!!
Elly menolak laury masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta. Kakak ipar laury start kereta dan bertolak ke sekolah lelaki. Laury melambai-lambai tangannya ke arah kami semua.
Hana: handsomenya dia~
Elly: … (nak mati??)
Bambam: kau nak mati awal ke hana?
Hana: napa? Salah ke?
Elly: dia aku punya…
= dalam kereta =
Lau membuka biskut nasib tu dan lihat ada sekeping kertas di dalamnya. Dia pun lihat apa yang tertulis dekat kertas tu… ia tertulis “012-3456789” lau hanya mampu senyum dengan riang disebabkan idea elly ni…
Lau: bagi no.fon pun ada ka macam ni? Hahaha
++++++++ THE END +++++++++++++++
by hana
Hi, blog ni comel hihihi. Bye muah hahahaha #NHS
ReplyDeleteHi, blog ni comel hihihi. Bye muah hahahaha #NHS
ReplyDelete