petals

Wednesday, December 11, 2013

Sadness In December

Pada malam Christmas, seorang perempuan yg bernama jinushi pergi ke sebuah café yg seberang dgn gereja, dia memesan cappuccino panas. Semasa dia menunggu pesanan itu dia duduk di meja yg bertentang dgn gereja seberang. Kemudian, dia ternmpk seorang lelaki sdg berdiri berseorangan melihat pokok Christmas yg tumbuh di dpn gereja  dgn memegang hadiah yg sederhana. Dia pon berkata…

Jinushi: mesti tgh tunggu teman wanitanya…. Arrhh~~~ sweetnya dia ni, gadis mn la yg bertuah dpt dia

Beberapa minit kemudian, air mata lelaki itu mengalir keluar dan dia menangis. Seorang makcik pergi mendekati lelaki itu dan memeluknya. Tidak lama kemudian, sebuah kereta dtg menjemput mereka berdua. Jinushi hairan dgn lelaki itu… setelah sampai di rumahnya dia masih terbayang wajah lelaki itu dgn tangisan yg mengalir. Dia cuba melukis apa yg dia nmpk tadi dan dia terus tidur.

KEESOKAN HARINYA….
Jinushi sdg berjalan dgn 3 org kwnnya menuju ke sekolah, semasa perjalanan dia menceritakan hal yg menghairankan dia semalam kepada kwn-kwnnya.

Jinushi: hey!! Korang nk tahu x ?? semalam aku jumpa sorang laki ni, dia menangis tetapi dia pegang hadiah. Aku ingatkan dia nk bg kt teman wanita dia tp dia nangis…
Hanna: ya ka?? Peliknya….
Krishy: tu la… tp kesian dia
Jinushi: kau tahu ka kenapa dia nangis ?? yg kau kesian kenapa??
Krishy: hihi, kot la…

Semasa mereka kalut bersembang, lelaki itu lalu di dpn jinushi, jinushi rasa mcm nmpk laki tu tp dia masih bingung. Beberapa minit kemudian, dia baru teringat muka laki tu dan yg lalu tu mmg muka seiras dgn yg dia jumpa semalam.

Jinushi: wei!!! Laki tu la yg aku nmpk semalam.
Krishy: dia ka…??
Jinushi: kenapa..?? salah ka?
Hanna: dia tu athelit sekolah kita, senior paling handsome dan kuat dlm sukan… ^^
Jinushi: ya ka ? tp…

Belum habis jinushi bercakap mereka berdua sudah pergi dkt senior tu dan bertanya tentang semalam, selepas mereka bertanya senior tu pandang jinushi dgn mata yg garang. Jinushi hanya memberi tunduk hormat dan jalan buat tak tahu. Kemudian, dia rasa mcm ada org berjalan di tepi dia tetapi dia tak berani nk pandang. Tetapi, semua murid junior perhatikan dia dgn rasa cemburu dan marah. Dia terpaksa tgk siapa yg berjalan dgn dia dan dia nmpk senior tu berjalan dgn dia. Dgn secara tiba-tiba, dia berhenti dan tgk muka senior tu dan tanya

Jinushi: ada apa-apa yg boleh saya bantu,senior?
Beakhyun: pasal semalam jgn bg tau sapa-sapa,boleh?
Jinushi: kenapa pulak? Lagipon saya dh bg tau dkt kwn-kwn saya
Beakhyun: hanya kamu ja boleh tau lagi pon saya dh kata dkt kwn-kwn awak tu, saya nk perkara ni dirahsiakan.., boleh?
Jinushi: boleh

Lalu beakhyun pergi begitu sahaja, tetapi dia ingin tahu kenapa perlu rahsiakan. Selepas waktu persekolah jinushi mengekori beakhyun sampai ke rumah dan keesokan harinya ahli athelit perlu pergi ke sekolah untuk bertanding dan semua pelajar yg bukan berkenaan boleh mengambil cuti. Jinushi mengambil peluang ini untuk pergi ke rumahnya untuk mengbongkarkan rahsia itu di fikirannya.
Jinushi pura-pura pengsan semasa kereta ibu beakhyun lalu di dpnnya dan ibu beakhyun pon berhenti dan meminpin jinushi masuk ke dalam kereta. Apabila sampai di rumah, jinushi di layan dgn elok dan ibu beakhyun pon bertanya kepada jinushi

Ibu beakhyun: adik ni nk ke mn?
Jinushi: saya dari sekolah hendak blk rumah tapi tiba-tiba saya rasa nk pengsan, mungkin saya x cukup mkn kot tadi tu yg blh jadi mcm ni
Ibu beakhyun: ooo… awak bersekolah di Sekolah Menengah yg sama dgn anak saya. Awak kenal byun beakhyun ?
Jinushi: oh! Makcik ni mak senior beakhyun la ni… haha selamat petang makcik *tunduk hormat*
Ibu beakhyun: haha awak kenal dia ke?
Jinushi: senior beakhyun mmg popular di kalangan athelit tp….
Ibu beakhyun: kenapa? Dia nakal ke dkt sekolah? Dia buli org ka?
Jinushi: bukan mcm tu… Cuma dia ada satu rahsia yg menghairankan kami semua…. Makcik tahu x? klau makcik boleh kongsi cerita tu dgn saya… x pe kan??
Ibu beakhyun pon menceritakan hal yg sebenar kepada jinushi…..

TAHUN LEPAS:
Beakhyun  ponteng kelas B.I sbb dia rasa serabut kepala ja… dia suka lepak belakang kelas sains sbb ada sebuah taman yg cantik lagipon cikgu x kan dtg situ sbb kebanyakan budak kelas sains berehat di situ selepas membuat ekperimen. Semasa dia berehat dia jumpa seorang budak seorang budak perempuan kelas sains di tingkap. Berambut panjang,kulit putih,tinggi lebih kurang 160-165 cm, ada senyuman yg menawan. Dia tertarik dgn gadis ini. So, setiap hari waktu rehat dia akan keluar bukan untuk mkn tetapi untuk lihat gadis itu… satu hari ni, gadis tu dtg lewat ke kelas bahasa korea dan didenda buat karangan 850 perkataan dkt luar iaitu di taman. Kebetulan beakhyun sdg lepak dkt taman tu jugak. Dia terserempak dgn gadis yg dia suka. Gadis tu hanya senyum pada dia. *dia sangka beakhyun tu senior kelas sains tgh rehat drpd belajar.* Beakhyun kaku lalu membalas senyuman itu.

Eunnie: hi,senior…
Beakhyun:oh.. hi!! Knp duduk kt luar ni?? X masuk kelas ke?
Eunnie: kena denda….
Beakhyun: sbb…??
Eunnie: dtg lewat…oh! Senior nama apa??
Beakhyun: byun beakhyun… awak?
Eunnie: nama saya kim eunnie , selamat berkenalan senior beakhyun ^^
Beakhyun: *senyum *

Sejak lari tu mereka semakin rapat dan rapat sampai eunnie tahu yg beakhyun bukan dari kelas sains tp 
kelas Athelit.

Di rumah:
Beakhyun sdg bermesej dgn eunnie
Eunnie: senior beakhyun, boleh saya tanya sesuatu ?
Beakhyun: boleh! Tanyalah
Eunnie: tp senior kena jujur dgn saya
Beakhyun: ya, saya akan jujur. Tanyalah
Eunnie: senior kelas apa?
Beakhyun: athelit

Eunnie tidak bls mesej itu dan lama-kelamaan dia mula mengelakkan dirinya drpd bertemu dgn beakhyun. Beakhyun mula hairan dgn eunnie lalu beakhyun bertemu dgn eunnie secara terpaksa di dpn kelas eunnie…

Beakhyun: eunnie!! Knp dgn awak ni??
Eunnie: knp apa!!?!! Saya x suka klau org tipu saya,senior tipu saya ! so jgn kacau saya lagi lepas ni!!!
Beakhyun: bila masa saya tipu awak, eunnie?
Eunnie: awak kata awak kelas sains…
Beakhyun: mn ada saya kata mcm tu dan bila masa saya kata mcm tu??
Eunnie: habis tu knp awak berada kt taman tu? Hanya budak kelas sains ja yg blh masuk
Beakhyun: sbb saya nk tgk muka awak ~

Kata-kata senior beakhyun menyentuh hati eunnie tetapi eunnie berkeras kepala jugak,

Eunnie: gila!! Senior gila! *marah eunnie tetapi mulut dia ingin senyum lalu lama-kelamaan beakhyun terperasan,lalu beakhyun menghampiri eunnie.
Beakhyun: I LOVE U, eunnie!
Eunnie tergamam selepas terdgr kata-kata beakhyun itu dan secara tidak sengaja bdnnya sudah memeluk tubuh beakhyun, beakhyun hanya ketawa di dalam hati. Tiba-tiba cikgu sains dtg menyampuk dari belakang…
Cikgu: oit! Lama lagi ke..?
Ennie terkejut dan terus masuk dlm kelas.. [cikgu tu pakcik beakhyun]

Pada waktu malam beakhyun bermesej dgn eunnie…
Beakhyun: eunnie~~ ^^
Eunnie: apa….?!
Beakhyun: cantik sajli malam nie kan?
Eunnie pon memandang ke arah langit dan lihat sajli….
Eunnie: A’ah… cantiknya….
Beakhyun: cantik mcm eunnie… ^^
Eunnie guling-guling di atas katil kerana teruja apabila melihat mesej
Eunnie : dh la… eunnie nk tidur dh ni, bye
Beakhyun: ok,bye.. love you
Eunnie: me too…

DI SEKOLAH
‘pengumuman kepada para pelajar, esok ialah hari pertama kamu cuti sempena hari Christmas, saya ucapkan [MERRY CHRISTMAS ] kepada semua org di sekolah ini, bergembiralah~~’ kata pengetua sekolah. Tetapi ahli Athelit terpaksa berlatih kerena minggu depan ada pertandingan kejohanan. Eunnie berancang untuk pergi main ski dgn beakhyun tetapi kena tunda sbb pertandingan itu. mereka jarang berjumpa kerana beakhyun kerana beakhyun tinggal di asrama buat sementara. Keluarga eunnie hendak melancong ke Malaysia x lama lagi so, dia hendak jumpa buat kali terakhir. Dia cuba bermesej dgn beakhyun pada mlm tu dan…

Eunnie: lama lagi ka beakhyun nk blk ?
Eunnie: eunnie and family nk pergi Malaysia x lama lagi, klau boleh nk jumpa beakhyun buat terakhir sebelum pergi sana… boleh kan?
Beakhyun: tgk la nnti… klau saya ada masa lapang
Eunnie: ok, bye
4 hari kemudian..
Beakhyun cuba memujuk coachnya untuk keluar berjumpa dgn eunnie

Beakhyun: coach… saya nk keluar malam ni , boleh?
Coach: boleh tapi jgn lama-lama sgt nnti pintu pagar asrama tutup.
Beakhyun: terima kasih coach!! Nnti saya akan balik tepat pada masanya…

Pada mlm tu beakhyun keluar membeli hadiah Christmas untuk eunnie, dia membeli rantai berbentuk salji dan menelefon eunnie untuk berjumpa kt gereja di jalan utama.

Eunnie: helo?
Beakhyun: hello,eunnie… boleh tak awak dtg dkt gereja di jalan utama ni? Saya ada hadaih nk bg kt awak
Eunnie: ok

Eunnie cepat-cepat keluar dari rumah dan menahan teksi, terus ke tempat tersebut. Setelah sampai di situ dia nmpk beakhyun diseberang jalan. Dia menelefon beakhyun, dia kata dia ada kt sana dah dan beakhyun pon tercari-cari eunnie di situ. Akhirnya dia perasan kehadiran eunnie di seberang jalan sana dan eunnie pon berjalan ke arah beakhyun. Tiba-tiba sebuah kereta dtg dgn tidak terkawal seperti di pandu oleh org mabuk nyaris melanggar eunnie tetapi beakhyun sempat menolak eunnie ke tepi, tetapi dia tidak sempat melarikan dirinya dari kereta itu dan berlakulah kemalangan. Beakhyun dilanggar oleh pemandu itu dan eunnie pengsan akibat tolakan itu, mereka berdua dibawa ke hospital. Eunnie terdgr ibunya menangis di tepi telinganya dan dia membuka matanya dia berada di hospital, dia terus bgn dan mencari beakhyun di merata tempat tetapi tidak menjumpainya. Kemudian, terlantas di fikirannya untuk melihat di bilik [ICU] dia berlari ke arah bilik tersebut dgn pantas. Dia merempuh masuk ke dlm bilik itu. dia nmpk beakhyun terbaring di atas katil, bdnnya dipenuhi oleh darah. Doctor berusaha keras untuk menyelamatkan beakhyun tetapi denyutan jantung beakhyun semakin lemah. Dia tak dpt bertahan lagi lama lagi. Seorang nurse ternmpk kelibat eunnie dn menarik eunnie keluar dlm bilik itu tetapi dia engan keluar, nurse itu terpaksa memanggil security guard untuk mengheret eunnie keluar. Akhirnya eunnie terpaksa keluar menunggu di ruang menunggu. Dia ternmpk parent’s beakhyun sdg berckp dgn seorang doctor ni dia menanyakan keadaan beakhyun dan doctor tu ckp peluang beakhyun untuk hidup ialah 50/50.

Beberapa minit kemudian, beberapa org nurse berlari keluar dari wad itu dan kembali dgn membawa beberapa pek darah. Ibu beakhyun terkejut dan ingin tahu apa yg terjadi pada anaknya. Tiba-tiba seorang doctor keluar dgn muka yg agak gelisah, dia menjerit ‘ada sesiapa yg rela mendermakan jantungnya skrg!! Kami amat memerlukan jantung skrg !!!!’. apabila ibu beakhyun dgr doctor itu ckp dia terasa ingin pengsan waktu itu. seorang pon tidak sanggup mendermakan jantung. Eunnie dgn relanya menawarkan jantungnya untuk beakhyun.

Doctor: kami beri 5 minit untuk awak uruskan hal awak, kami kesuntukan masa skrg, harap awak boleh cepat urukannya dan terima kasih byk-byk.
Eunnie: ya… sama-sama
Ibu eunnie: eunnie dh fikir masak-masak dh ka? Eunnie dh tak syg mama dh ka?
Eunnie: sbb syg la eunnie buat mcm ni… lagipon nnti kita akan berjumpa jugak di sana. Eunnie akan sentiasa rindu & sayang mama… *sambil memeluk ibunya*
Ibu eunnie: klau mcm tu, ibu x blh buat apa-apa lagi… ibu izinkan ….
Eunnie: terima kasih ibu.

Seorang nurse dtg membawa surat yg perlu ditanda tangan dan eunnie meminta satu surat kosong dari nurse itu, dia menulis sesuatu selepas itu dia memasuki wad itu.

BEBERAPA JAM KEMUDIAN
Akhirnya beakhyun di keluarkan dari wad tersebut, setelah dia sedar, dia teringat akan kejadian tersebut dan segera dia berlari ke rumah eunnie. Dia bertanya kepada parent eunnie dimana eunnie skrg … mereka hanya memberikan sepucuk surat yg eunnie tulis untuk beakhyun.

Dear beakhyun,
Klau awak baca surat ni maknanya awak dh selamat dan saya sudah tiada di sini, saya ada nmpk hadiah yg awak nk beri pada saya so saya buka la… terima kasih, saya suka sgt rantai tu dan saya pon ada hadiah jugak kt awak tp saya beri kt awak masa awak dkt wad [ICU] sorry la klau awak x dpt tgk hadiah saya tp awak boleh rasa hadiah saya, lagipon hadiah tu paling berharga buat saya dan ia akan jadi yg paling berharga buat awak pulak kali ni…. Mesti awak nk tahu kan? Cuba awak pegang dada awak awak boleh rasakan tak denyutan jantung tu? Klau awak blh rasakan maknanya hadiah saya tu ada la lagi… MERRY CHRISTMAS beakhyun!!!! Awak…. Mesti awak menyesal bercinta dgn saya kan?? Klau boleh jujurla… saya ok. Nnti awak tgk dkt pokok Christmas tu saya ada letak rantai yg awak bg pada saya boleh la kita tgk nnti Cuma awak je yg x nmpk saya it’s okay… boleh awak bawa hadiah x setiap tahun untuk saya kt pokok Christmas tu,pada mlm yg sama,pada tarikh yg sama dan pakai baju yg sama?? Mungkin saya akan rindu awak nnti… saya nk kata buat terakhir untuk awak ‘ I LOVE U, BEAKHYUN!!!’ terima kasih kerana pernah cintakan saya… jaga jantung saya elok-elok tau!!! Byeeee…..

Selepas dia membaca surat tu dia menangis dan menjerit sekuat yg mungkin sambil memegang dadanya… sejak hari tu beakhyun selalu dtg ke gereja tu melihat rantai yg tergantung tinggi di atas pokok Christmas, di mana mereka tidak sempat mengucap selamat tinggal….

Selepas jinushi mendgr cerita itu dia terus meninggalkan tempat itu… dia rasa bersalah kerana menanyakan hal itu sdgkan dia perlu rahsiakan hal itu dan tak perlu ambik tau tentang itu. sejak hari itu dia hanya buat x tahu tentang itu……. 
by : hanna..

No comments:

Post a Comment